Tuesday, December 12, 2017
NO. GST: 000863748096

GLORIOUS RED NITE RISDA PLANTATION 2015

Majlis Glorious Red Nite RISDA Plantation 2015 telah diadakan dengan gilang-gemilangnya pada 7 April 2015 (Selasa), jam 8.30 malam bertempat di Grand Ballroom, Hotel Flamingo, By The Lake, Ampang dan telah mendapat sambutan yang luar biasa berbanding tahun sebelumnya dengan kehadiran lebih 500 orang terdiri daripada jemputan VIP, jemputan, rakan niaga dan kakitangan.

Sesungguhnya majlis yang diadakan pada malam ini, bertujuan untuk

  1. Menghargai Sumbangan Cemerlang Warga Risda Plantation Sepanjang Tahun 2014.
  2. Meraikan Pesara Yang Telah Memberi Sumbangan Besar Kepada Syarikat.
  3. Melancarkan Motto Syarikat Baru ”Challenging The Odds” dan Warna Merah sebagai warna korporat
  4. Keuntungan bersih 1-2 juta – Gold Award
  5. Keuntungan bersih 2-3 juta – Plantinum Award
  6. Keuntungan bersih > 3 juta – Diamond Award

Seramai 4 orang pesara yang hadir daripada jumlah 13 orang kesemuanya yang telah memberikan sumbangan yang sangat bermakna kepada syarikat telah disampaikan hadiah sebagai tanda penghargaan iaitu sebuah Al-Quran Digital dengan dan wang tunai. Anugerah Berkumpulan Untuk Cawangan yang telah disampaikan juga oleh Y.Bhg. Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik (Pengerusi RPSB), diiringi oleh Dato’ Sri Wan Mohamad Zuki bin Hj. Mohamad (Pengerusi & Ketua Pengarah RISDA) serta Y.Bhg. Tn. Hj. Omar Paimin (Ketua Pegawai Eksekutif RPSB). Anugerah pada kali ini adalah diasaskan kepada tahun kerja 2014. Untuk itu anugerah juga diberikan berdasarkan kepada Cawangan Ladang & Cawangan Khidmat Kontrak. Anugerah akan diberikan berdasarkan kepada :

Majlis pada malam ini telah diserikan oleh Artis-Artis Terkenal Tanah Air yang cukup menghiburkan iaitu Dato’ M.Daud Kilau, Sepahtu dan Indah Ruhaila.

DSC 5822 DSC 5840
Tuan Haji Omar Paimin (CEO) memberikan ucapan Perasmian oleh Pengerusi RISDA Plantation dan Pengarah RISDA
DSC 5899
Para penerima anugerah meraikan kejayaan masing-masing.
   



Alamat Ibu Pejabat

Graha Risda Plantation Unit J, Excella Business Park,
Jalan Ampang Putra, Ampang Hilir, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03 4270 5104
Fax: 03 4270 5204
Emel: admin@risdaplantation.com.my
Website: www.risdaplantation.com.my
  

Peta Ibu Pejabat

Latitud : 3.149472°
Longtitud : 101.747053°