Tuesday, September 26, 2017
NO. GST: 000863748096

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG RISDA PLANTATION 2014

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang RISDA Plantation 2014 telah diadakan pada 7 April 2015 (Selasa), jam 8.30 pagi bertempat di Indah Ballroom, Hotel Flamingo, By The Lake, Ampang dan telah dihadiri seramai 155 orang kakitangan. Pada tahun ini, terdapat sedikit kelainan di mana penyampaian kepada individu cemerlang diberi pada sesi pagi ini, manakala kategori berkumpulan (negeri/cawangan) akan dinobatkan semasa majlis makan malam ini.

Secara keseluruhan, majlis yang diadadakan pada hari ini adalah bertujuan untuk menghargai sumbangan cemerlang Kakitangan RISDA Plantation sepanjang Tahun 2014. Penerima anugerah bagi kategori individu seramai 32 orang dan 1 pusat timbang terbaik dan penerima berkumpulan sebanyak 7 anugerah berkumpulan. Kriteria pemilihan penerima anugerah ini adalah berdasarkan KPI yang telah ditetapkan merangkumi produktiviti, kewangan, good governance dan obligasi sosial. Selain daripada itu, bagi anugerah individu, penilaian prestasi yang telah diberikan oleh Pegawai-Pegawai Penilaian yang diambilkira. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Y.Bhg. Tn. Hj. Omar Paimin (KPE RISDA Plantation) dan Pn. Hjh. Shamshiah Nor Hashim, Ketua Jabatan Pentadbiran & PSM. Antara anugerah yang telah disampaikan adalah :

  1. Pengurus Terbaik – 5 Penerima
  2. Eksekutif Terbaik – 5 Penerima
  3. Penyelia Ladang Terbaik – 8 Penerima
  4. Penyelia Pemasaran Terbaik – 1 Penerima
  5. Penyelia Khidmat Kontrak Terbaik – 2 Penerima
  6. Kerani Terbaik – 9 Penerima
  7. Anugerah Khas Ceo – 2 Penerima
  8. Anugerah Pusat Timbang Terbaik – 1 Penerima

Sementara untuk Anugerah Inovasi turut disampaikan, di mana pemilihan pemenang telah dilakukan oleh satu Jawatankuasa Penilai. Inovasi dibahagikan kepada 2   kategori teknikal dan pengurusan. Sebanyak 16 penyertaan telah diterima, dimana 11 penyertaan untuk kategori teknikal dan 5 kategori penyertaan untuk kategori pengurusan. Jawatankuasa penilaian telah memilih 3 pemenang setiap kategori dan 2 hadiah saguhati untuk setiap kategori. Pemenang membawa pulang sijil penyertaan, sebuah plaque dan wang tunai untuk 2 kategori seperti berikut:

Johan                  – RM4,000

Naib Johan        – RM3,000

Ketiga                 – RM2,000

2 Saguhati          – RM   200

 

DSC 5621 DSC 7436
Pemenang Anugerah Inovasi (Pengurusan) Cemerlang...
DSC 5639 DSC 7427
Pemenang Anugerah Inovasi (Teknikal) Cemerlang...

Alamat Ibu Pejabat

Graha Risda Plantation Unit J, Excella Business Park,
Jalan Ampang Putra, Ampang Hilir, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03 4270 5104
Fax: 03 4270 5204
Emel: admin@risdaplantation.com.my
Website: www.risdaplantation.com.my
  

Peta Ibu Pejabat

Latitud : 3.149472°
Longtitud : 101.747053°