Sunday, November 19, 2017
NO. GST: 000863748096

MAJLIS PENYERAHAN PUSAT TIMBANG DAN SETOR KAMPUNG TENAI, GEMENCHEH

TARIKH        : 31 MAC 2015 (SELASA)

LOKASI         : PUSAT TIMBANG & SETOR KG. TENAI, GEMENCHEH

31 MAC – Majlis Penyerahan Pusat Timbang dan Setor Kampung Tenai, Gemencheh telah diadakan oleh Pejabat RISDA Daerah Negeri Sembilan Selatan. Majlis di hadiri oleh Encik Alias Japri Pengarah RISDA Negeri Sembilan,Yang Berhormat Tuan Mohd Isam Adun Gemencheh, Encik Khalid Md Dah, Ketua Kampung Tenai dan Encik Sohani Ariffin Ketua Jabatan Komoditi & Perniagaan Am RPSB.

Turut diadakan taklimat GAP 4 khas untuk getah dan taklimat Operasi Pusat Timbang & Setor Tenai. “kita telah membuat aktiviti-aktiviti menuai, mengangkut dan membeli di Ladang Jelai 2 dan Ladang Palong 1” kata Pengurus Negeri RPSB semasa taklimatnya.

Yang berhormat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Berkuasa RISDA kerana memilih Kampung Tenai untuk membuat PTS ini. Ini dengan tidak sengaja dapat membantu penduduk untuk menjual hasil lading lebih dekat berbanding sekarang. “siapa nak tolong bangsa Melayu sekiranya bangsa Melayu itu sendiri yang tolong” kata Yang Berhormat.

“kita akan memberikan harga yang lebih kompetitif berbanding pusat timbang lain” kata Pengarah RISDA Negeri Sembilan dalam ucapannya. Pihak RISDA akan menjadikan semua PTS sebagai satu tempat untuk mengumpulkan semua penduduk kampung dalam semua aktiviti seperti penyampaian sumbangan, taklimat dan lain-lain.

Sekitar majlis... dan antara yang hadir...

 DSC 0830  DSC 0828
  

Alamat Ibu Pejabat

Graha Risda Plantation Unit J, Excella Business Park,
Jalan Ampang Putra, Ampang Hilir, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03 4270 5104
Fax: 03 4270 5204
Emel: admin@risdaplantation.com.my
Website: www.risdaplantation.com.my
  

Peta Ibu Pejabat

Latitud : 3.149472°
Longtitud : 101.747053°