Friday, July 21, 2017
NO. GST: 000863748096

MAJLIS PERASMIAN HARI GERAKAN PENINGKATAN MEMBAJA (GPP) PERINGKAT RISDA PLANTATION TAHUN 2015

Majlis Perasmian Hari Gerakan Peningkatan Membaja Peringkat RISDA Plantation tahun 2015 telah diadakan dengan jayanya pada 04 April 2015 bertempat di TSK Gaung Tinggi, Alor Gajah, Melaka. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA Plantation bersama ALP Dato’ Dr. Mahidi Mohamad Yassin danTn. Hj. Omar Paimin, Ketua Pegawai Eksekutif RPSB dan Tn. Hj. Mohamad Amirza Kamarudin Ketua Jabatan Perladangan & Konsultansi.

            Majlis yang diadakan bertujuan untuk :

  1. Sebagai usaha dan inisiatif RISDA yang terancang bagi membantu meningkat produktiviti getah dan sawit negara.
  2. Melestarikan kemakmuran komuniti pekebun kecil melalui peningkatan pendapatan.
  3. Membudayakan 4 Amalan Pertanian Baik (GAP) seperti penanaman, penyelenggaraan, pembajaan dan penuaian.

Setelah upacara perasmian dijalankan, Pengerusi RISDA Plantation telah dijemput untuk sesi menabur baja ke kawasan projek. Penyampaian Anugerah/ Sijil penghargaan kepada Penyelia yang meningkatkan hasil lebih 50%. Penyampaian Mock Cheque Dividen TSK Melaka kepada wakil peserta dan Elaun Kehadiran turut disampaikan selepas Majlis tersebut selesai.

 

 gpp1  gpp2
 Tan Sri Rahim beramah mesra dengan peserta  Tan Sri Rahim menunjukkan bakat membaja
 gpp6  gpp5
Rasmi... Tetamu kehormat bergambar kenangan... bersama urusetia

Galeri

gallery_bottomgallery_bottomgallery_bottomgallery_bottomgallery_bottomgallery_bottomgallery_bottomgallery_bottomgallery_bottomgallery_bottomgallery_bottomgallery_bottom

Galeri Gambar

Alamat Ibu Pejabat

   Graha Risda Plantation Unit J, Excella Business Park, Jalan Ampang Putra, Ampang Hilir, 55100 Kuala Lumpur
   Tel: 03 4270 5104
   Fax: 03 4270 5204
   Emel: admin@risdaplantation.com.my
   Web: www.risdaplantation.com.my
  

Peta Ibu Pejabat

Latitud : 3.149472°
Longtitud : 101.747053°