Sunday, October 22, 2017
NO. GST: 000863748096

Produk dan Perkhidmatan yang Ditawarkan

RISDA PLANTATION menyediakan perkhidmatan seperti berikut :

Pengurusan Ladang :
a) Membangun dan menguruskan kebun milik pekebun kecil, agensi kerajaan dan sektor swasta.
b) Memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan ladang mengikut AMalan Pertanian Yang Baik (GAP).
c) Kaedah pengurus projek adalah Upah Mengurus atau Kongsi Untung berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.

Pemasaran :
Melaksanakan aktiviti pemasaran hasil ladang dari kebun milik pekebun kecil, agensi kerajaan, sektor swasta dan ladang yang berhampiran melalui sistem pemasaran tersusun seperti depo belian, pusat timbang dan pembelian berpukal. Jualan buah tandan segar, lateks dan sekerap akan dibuat secara terus dengan kilang yang memberikan harga terbaik.

Khidmat Kontrak :
RISDA PLANTATION berpengalaman di dalam menjalankan kerja-kerja kontrak seperti kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan, pengutipan hasil dan lain-lain kerja ladang. Bagi ladang yang diuruskan oleh RISDA PLANTATION, kerja-kerja akan dilaksanakan sendiri. Tenaga kerja asing yang mencukupi dan berkemahiran akan dipantau setiap masa bagi memastikan hasil ladang dikeluarkan ditahap yang maksimum.

Jaminan Syarikat :
RISDA PLANTATION akan memberikan pengurusan dan perkhidmatan yang efisen setanding dengan syarikat swasta supaya perolehan hasil diperingkat maksimum.

Alamat Ibu Pejabat

Graha Risda Plantation Unit J, Excella Business Park,
Jalan Ampang Putra, Ampang Hilir, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03 4270 5104
Fax: 03 4270 5204
Emel: admin@risdaplantation.com.my
Website: www.risdaplantation.com.my
  

Peta Ibu Pejabat

Latitud : 3.149472°
Longtitud : 101.747053°